Pengarah | Director

SYED MOHD ZAKIR SYED OTHMAN AL-YAHYA

Syed Mohd Zakir bin Syed Othman atau nama pena S.M. Zakir dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Kuala Lumpur. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Selangor; dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Selangor. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Computer Programming dan Institute of Commercial Management dalam jurusan Bussiness Studies. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001).

Beliau menerima Anugerah Sasterawan Muda Mastera 2010 dari Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) di Jakarta, Indonesia. Pada tahun 2011, beliau menerima Anugerah SEA Write Award 2011 dari S.E.A Write Council di Bangkok, Thailand. Antara anugerah sastera yang diterima ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia, Anugerah Sastera Negeri Kelantan dan Anugerah Gaffim (kritikan filem). Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998.

Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Jurnal Aswara, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP 1992), novel Ahli Politik (Nusabuku 2012), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (PPN 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN 2005), kumpulan cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip (DBP 2010), kumpulan cerpen Bidadari Burung (ITBM 2012), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN 2009), sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN 2008). Beliau turut menghasilkan sebuah buku esei falsafah iaitu Pascamoden Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama (Nusabuku 2010). Selain itu beliau turut giat menulis dalam kritikan filem, teater dan budaya. Antara buku eseinya dalam kritikan filem ialah Sinema (Nusabuku 2010) dan Filem dan Pemikiran (Nusabuku 2010).

Beliau juga menjadi kolumnis akhbar Mingguan Watan 1996-1998, editor majalah sastera Akar, penganalisis cerpen majalah Tunas Cipta Disember 2003-Disember 2006 dan Disember 2011 sehingga kini, penulis novel bersiri di majalah Milenia Muslim Julai 2004-Mac 2007, kolumnis ruang “Reviu” (filem), ruang “Pemikiran Islam” (Pemikir Islam) dan “Kerana Nila Setitik” (Masyarakat) majalah Milenia Muslim 2006-sekarang, kolumnis majalah Massa (Politik) 2005-2006, kolumnis “Kuala Lumpur Selepas Senja” (Teater) majalah Pentas (Istana Budaya) 2006-sekarang, kolumnis “Dunia Tanpa Tirai” (Politik) tabloid Mingguan Wasilah Januari 2008-Mei 2009, kolumnis ruang budaya & umum majalah Suara Baru ogos 2008-Mac 2009, dan kolumnis portal mysuara.net (politik) Julai 2012-sekarang. Dalam pada beliau turut menjadi panel hakim puluhan sayembara sastera sejak tahun 2002 dan penceramah di puluhan bengkel sastera sejak tahun 2003. Beliau juga diundang membentangkan puluhan kertas kerja di dalam dan luar Negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Di dalam persatuan beliau merupakan Timbalan Penyelaras Sekretariat Penulis Muda GAPENA (SPMG) 2002-2003 dan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sesi 2006-2008 sesi 2008-2010 dan sesi 2010-2012. Beliau juga menerima tauliah sebagai Munsyi Sastera daripada Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2011.

SYED MOHD ZAKIR SYED OTHMAN AL-YAHYA

He was the receiver of many Literary Award. He received Anugerah Sasterawan Muda MASTERA 2010 (MASTERA Young Laureate Award 2010) from the Literary Council of Southeast Asia (MASTERA) in Jakarta, Indonesia. In 2011 he received S.E.A Write Award 2011 (Southeast Asia Literary Award Bangkok) from Her Royal Highness Princess Sirivannavari Nariratana of Thailand in Bangkok, Thailand. Among the other awards/prizes that he won were Malaysian Premier Literary Prizes, Utusan-Public Bank Literary Prizes, Utusan-ExxonMobil Literary Prizes, DBP-Maybank Literary Prizes, DBP-DBKL Literary Prize in commemoration with Kuala Lumpur Centennial, Formula Malaysia Literary Prize, the State of Kelantan Literary Awards, an a film criticism award by GAFIM. He was sent by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) as a participant to the ASEAN Youth Writers’ Conference/Workshop at Bayview Hotel, Penang, in December 1992, and MASTERA Short Stories Workshop in Bogor, Indonesia (11-17 October 1998).

He involves himself in the writing of short stories, essays, poetry, and novels. Some of his works were published in magazines and journals, such as Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Perisa Journal, Malay Literature Journal, Pangsura Journal, Aswara Journal, Milenia Muslim, Pentas, and others; and newspapers like Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Minggu Malaysia, and others. His published works in book forms are an adolescent novel Di Bawah Lembayung (DBP, 1991); a classical novel Kembang Kanigara (DBP, 1992), a novel Ahli Politik (2012), compilations of short stories Merengkuh Langit (DBP, 1995), Fatamorgana (Sasbadi, 1997), Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Pustaka Nusa Publication, 2001), Menyirat Nirmala (DBP, 2004), Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN, 2005), Serigala dan Sekuntum Tulip (DBP, 2010) and Bidadari Burung (ITBM, 2012); poetry compilations Memburu Malaikat (PPN, 2007), and Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009); and a luxurious edition biography Seniman Negara Ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN, 2008). He also produced a book of philosophical essays Pascamoden Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama (Nusabuku, 2010).

Other than that, he is also active in writing criticism on films, theatres and culture. Among his books of essay on film criticism are Sinema (Nusabuku, 2010) and Filem dan Pemikiran (Nusabuku, 2010). He was also a columnist of Mingguan Watan 1996-1998, editor for literary magazine Akar, short stories analyst for Tunas Cipta magazine December 2003-December 2006 and December 2011-now, writer for novel in series in Milenia Muslim magazine July 2004-March 2007, columnist for “Review” (films) column, “Pemikiran Islam” (Islam Thinkers) and “Kerana Nila Setitik” (Community) for Milenia Muslim magazine 2006-now, columnist for Massa magazine (politics) 2005-2006, columnist for “Kuala Lumpur Selepas Senja (Theatre) for Pentas magazine, columnist for “Dunia Tanpa Tirai” (Politics) for Mingguan Wasilah tabloid January 2008-May 2009, columnist for culture and general column in Suara Baru magazine August 2008-March 2009 and columnist in mysuara.net portal (Politics) July 2012-now.

He has the experience as a jury panel for tens of literary competitions since 2002, and speaker in tens of literary workshops since 2003. He was also invited to present tens of working papers at home and abroad, such as Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Singapore and Thailand. In writers’ organisation, he was Deputy Co-ordinator for Young Writers’ Secretariat in GAPENA (SPMG) 2002-2003 and Secretary-General for Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) 2006-2008 session, 2008-2010 session, and 2010-2012 session. He continued his study at MARA Institute of Technology, Shah Alam, Selangor in Computer Programming, and Institute of Commercial Management in Business Studies. He started writing in 1990 and until now has received tens of literary awards/prizes including Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Malaysian Premier Literary Prizes) 1994/95 in short stories category (Merengkuh Langit, DBP 1995) and Anugerah Sastera Kelantan in the short stories (compilation) category (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001).